Khamis, 14 November 2013

isyarat

SIGNAL lampu isyarat membelok
LAMPU SIGNAL
itulah yg di kenali oleh semua orang. Namun Sikap manusia di Bumi MALAYSIA sememangnya adalah yang terbaik untuk TIDAK dicontohi. Di mana-mana pun kita melihat perkara ini terjadi, tidak dikira siapa yg memandu- lelaki,wanita,pemnadu lori, pemandu teksi, jurutera, pendakwah bebas, menteri,juruterbang, org kaya(kereta besar), org biasa2(kereta kecil), semua lah. Cuma segelintir yg suka memberikan SIGNAL. Tetapi kadang-kadang yang memberi signal terlupa untuk menutupnya, mahu motorsikal; kereta; lori; bas ; kenderaan berat; teksi kecuali basikal.. ;)Ini amat menyusahkan orang lain, menjadi keliru. Kalau hujan lepat ramai yg buka lampu HAZARD
ini pun menyusahkan. Banyak sudah diberitahu dalam media massa, jangan pasang HAZARD semasa hujan lebat. Namun ramai yg buat juga perkara ini. Mengapa susah untuk memberikan SIGNAL semasa membelok. Bagi pandangan saya mereka anggap org sekeliling sudah tahu ke mana dia nak masuk(membelok). Sememangnya LAMPU SIGNAL disipta utk kemudahan, sejak kenderaan bertayar empat dicipta. Namun orang kita tidak suka untuk menggunakannya. Perasaan mereka PERKARA REMEHlah nak pasang-pasang SIGNAL semasa membelok. Kita yang memandu di belakang amat terkejut apabila kereta membelok secara tiba2. Satu lagi perasaan mereka ini ialah kalau pasang SIGNAL semacam
tak rock
. Kenapalah perasaan sebegini ada dihati mereka. Setelah terlanggar baru teringgat terlupa nak bagi SIGNAL, kalau ada saksi nampak memang kenalah. Kalau tak ada SAKSI... memang selamatlah mereka2 ini. LAMPU SIGNAL sememangnya telah dicipta dengan rekabentuk yg bermacam2 rupa dgn lampu LED dan macam2 lagi. Bukan senang untuk memikirkan rekabentuk lampu SIGNAL ini. Namun kegunaanya amat terhad oleh rakyat MALAYSIA. Kadanag2 mereka ini rasa takut kenderaan mereka terlanggar apabila diekori rapat dari belakang. Baru fikir hendak bagi SIGNAL. Ada masa nya jadi ikutan, kenderaan depan bagi SIGNAL kenderaan yg belakang pun ikut bagi SIGNAL juga.Perkara sebigini agak OK lah. Walaupun ikut2 org depan saja. Selalu selepas itu dah lupa nak bagi SIGNAL lagi. Kadang2 ada yang buat tak tahu saja, semamangnya SIKAP pemandu itu yg tidak peka dengan pemandu di depan dan di belakang mereka. Banyak Kemalangan yg disebabkan oleh LAMPU SIGNAL terjadi di MALAYSIA ini. Namun apakah pendekatan Kerajaan dalam hal yg remeh ini. Kesedaran IBU BAPA semasa memandu adalah yg UTAMA. Sekiranya contoh ini berterusan maka sampai bila2 pun kegunaan Lampu SIGNAL sememangnya akan terhad oleh mereka yg betul2 menggunakannya. Berapa kali sehari anda terjumpa mereka2 yg TIDAK BAGI SIGNAL semasa membelok??? Semoga kata2 yg saya ukirkan ini adalah untuk semua. INGATAN untuk semua yg memandu.
Semoga Ingatan ini akan bukan menuduh sesiapa, agar kita manafaatkan kurniaan Ilahi.. 

14/11/13