Terima kasih atas perubahan di Malaysia
Dunia AntZ
Bersama kita Hijaukan Bumi.. Allah Sayang kita..Allah ingat kita.. kita ingatkah pdNYA?
Ahad, 13 Mei 2018
Jumaat, 30 Mac 2018
selamat sejahtera, Assalamu'alaikum semua. Mohon maaf lama tak aktif dalam blog ni..Dunia semakin pelik dan semakin ke hujungnya. Penat bercerita pasal politik yg tetap kotor ini. penat cerita pasal semua nak viral, penat tgk artis yg tak berapa cerdik... semakin ramai manusia yg hendak dikenali dan nak jadi popular. semakin senang org nak popular, manusia semakin hilang rasa timbang rasa dan hormat menghormati. Dunia sudah penat dan tunggu utk meletup. Janganlah kami berada di zaman di mana bumi akan dihancurkan... amat dahsyat ceritanya dlm Al-Quran dan hadis. sesungguhnya kita hanya dapat berdoa agar mati kita dlm iman dan dgn tenang. Sakitnya mati hanah mrk yg telah pergi yg tahu... tiada siapapun yang boleh ceritakan... cuma rasanya mcm dicucuk-cucuk pedang seluruh badan- mohon maaf kalau saya silap, sbb pernah terdengar dr hadis rasanya... saya yg tak berapa tahu mohon ditunjukkan kalau silap.... kami baru hendak belajar. Mohon maaf semua saya hanya sekadar bercerita sedikit pasal rasa jiwa ini yg sedang bergolak... Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar...
Isnin, 15 Ogos 2016
Rio2016
Sukan dan kita.. 4tahun sekali dia dtg.byk yg di tunggu kali ini. Emas kita akan capai atau tidak. Semoga berkat usaha dan doa kejayaan bersama mrk. Negara jiran dah dapat Emas. Terima kasih atas sokongan rakyat. Namun pihak2 yg membangukan sukan kita amat terhad. Kesian mrk2 yg ada bakat tidak ke mana bakat mrk. Selagi ada yg ego dan riak takkan ke mana kita. Buangkanlah sifat2 ini dari hati kami. Mohon maaf semua walaupun bukab hariraya..... mencoret sekejap.. terima kasih semua. #alhamdullillah
Isnin, 15 Jun 2015
Selamat berpuasa Semua umat Islam
Assalamualaikum..wmth..
Anak bulan akan dicari lagi dan ditunggu kehadirannya...
Allahamdullillah, kita masih dapat menikmatinya nanti. Allah telah makbulkan doa kita tahun lepas untuk bersama ramadhan lagi tahun ini....
Ramadhan memang banyak kelebihan yg telah kita ketahui sebelum ini, Adakah ramadhan kita tahun lepas adalah yang paling indah kita? Harapkan ramadahan tahun adalah yang menjadikan kita tetamu kepadanya untuk bersama mereka yg telah menikmati betapa indah nya Ramadhan...
Tadahan doa untuk ALLAH mendengari segala permohonan dimakbul.. teruskan berdoa, ramadhan akan memberikan kekuatan untuk mendekati NYA..
Tiada apa yang dapat kita unggakapkan, di dalam kesibukan manusia yang mencari keindahan dan nikmat dunia...
kita ambung lagi,, iNsyAllahh,,,
Anak bulan akan dicari lagi dan ditunggu kehadirannya...
Allahamdullillah, kita masih dapat menikmatinya nanti. Allah telah makbulkan doa kita tahun lepas untuk bersama ramadhan lagi tahun ini....
Ramadhan memang banyak kelebihan yg telah kita ketahui sebelum ini, Adakah ramadhan kita tahun lepas adalah yang paling indah kita? Harapkan ramadahan tahun adalah yang menjadikan kita tetamu kepadanya untuk bersama mereka yg telah menikmati betapa indah nya Ramadhan...
Tadahan doa untuk ALLAH mendengari segala permohonan dimakbul.. teruskan berdoa, ramadhan akan memberikan kekuatan untuk mendekati NYA..
Tiada apa yang dapat kita unggakapkan, di dalam kesibukan manusia yang mencari keindahan dan nikmat dunia...
kita ambung lagi,, iNsyAllahh,,,
Khamis, 14 November 2013
isyarat
SIGNAL lampu isyarat membelok
LAMPU SIGNALitulah yg di kenali oleh semua orang. Namun Sikap manusia di Bumi MALAYSIA sememangnya adalah yang terbaik untuk TIDAK dicontohi. Di mana-mana pun kita melihat perkara ini terjadi, tidak dikira siapa yg memandu- lelaki,wanita,pemnadu lori, pemandu teksi, jurutera, pendakwah bebas, menteri,juruterbang, org kaya(kereta besar), org biasa2(kereta kecil), semua lah. Cuma segelintir yg suka memberikan SIGNAL. Tetapi kadang-kadang yang memberi signal terlupa untuk menutupnya, mahu motorsikal; kereta; lori; bas ; kenderaan berat; teksi kecuali basikal.. ;)Ini amat menyusahkan orang lain, menjadi keliru. Kalau hujan lepat ramai yg buka lampu HAZARD
ini pun menyusahkan. Banyak sudah diberitahu dalam media massa, jangan pasang HAZARD semasa hujan lebat. Namun ramai yg buat juga perkara ini. Mengapa susah untuk memberikan SIGNAL semasa membelok. Bagi pandangan saya mereka anggap org sekeliling sudah tahu ke mana dia nak masuk(membelok). Sememangnya LAMPU SIGNAL disipta utk kemudahan, sejak kenderaan bertayar empat dicipta. Namun orang kita tidak suka untuk menggunakannya. Perasaan mereka PERKARA REMEHlah nak pasang-pasang SIGNAL semasa membelok. Kita yang memandu di belakang amat terkejut apabila kereta membelok secara tiba2. Satu lagi perasaan mereka ini ialah kalau pasang SIGNAL semacam
tak rock. Kenapalah perasaan sebegini ada dihati mereka. Setelah terlanggar baru teringgat terlupa nak bagi SIGNAL, kalau ada saksi nampak memang kenalah. Kalau tak ada SAKSI... memang selamatlah mereka2 ini. LAMPU SIGNAL sememangnya telah dicipta dengan rekabentuk yg bermacam2 rupa dgn lampu LED dan macam2 lagi. Bukan senang untuk memikirkan rekabentuk lampu SIGNAL ini. Namun kegunaanya amat terhad oleh rakyat MALAYSIA. Kadanag2 mereka ini rasa takut kenderaan mereka terlanggar apabila diekori rapat dari belakang. Baru fikir hendak bagi SIGNAL. Ada masa nya jadi ikutan, kenderaan depan bagi SIGNAL kenderaan yg belakang pun ikut bagi SIGNAL juga.Perkara sebigini agak OK lah. Walaupun ikut2 org depan saja. Selalu selepas itu dah lupa nak bagi SIGNAL lagi. Kadang2 ada yang buat tak tahu saja, semamangnya SIKAP pemandu itu yg tidak peka dengan pemandu di depan dan di belakang mereka. Banyak Kemalangan yg disebabkan oleh LAMPU SIGNAL terjadi di MALAYSIA ini. Namun apakah pendekatan Kerajaan dalam hal yg remeh ini. Kesedaran IBU BAPA semasa memandu adalah yg UTAMA. Sekiranya contoh ini berterusan maka sampai bila2 pun kegunaan Lampu SIGNAL sememangnya akan terhad oleh mereka yg betul2 menggunakannya. Berapa kali sehari anda terjumpa mereka2 yg TIDAK BAGI SIGNAL semasa membelok??? Semoga kata2 yg saya ukirkan ini adalah untuk semua. INGATAN untuk semua yg memandu.
Semoga Ingatan ini akan bukan menuduh sesiapa, agar kita manafaatkan kurniaan Ilahi..
14/11/13
Selasa, 9 April 2013
KELHIDUPAN DI MALAYSIA(Politik Malaysia 2013)
kehidupan di Bumi Malaysia- Politik,Ugama dan Kaum
ISLAM ajak kepada kebaikan, bukan pergaduhan. Kaum majoriti MELAYU(islam) bukan bangsa lain utk hidup aman harus Toleransi. Umat islam harus bersatu. Hidup dalam politik mana pun tetap nama POLITIK. Kebersatuan adalah yg utama, ALLAH yg ESA.
Ketenangan yg dicapai selama ini adalah usaha rakyat jelata yg mahukan kemakmuran yg berkekalan. Rakyat memilih utk hidup aman, walaupun keadaan politik yg bermacam-macam.
Kehidupan harus diteruskan walau siapa yg memmerintah, namun ISLAM adalah agama rasmi MALAYSIA. Rakyat yg beragama islam tak kira bangsa apa pun, mereka akan terus mahu hidup dgn harmoni. Islam mmg indah, namun di akhir zaman ini. ISLAM dipandang macam-macam dari pelbagai sudut.
Setiap kali pilihanraya di Malaysia, macam-macam cerita yang dicari, digali, diungkit dan dikeluarkan. Namum keadaannya amat membimbangkan, sekiranya sebelah pihak yg bercerita. Demokrasi adalah perlembagaan kita. Kita masih dibuai lamunan kehidupan yang mana selama ini kita masih dijajah pada abad ke19. Lamunan yg masih panjang dan kadang-kadang terigau-igau malah termimpi-mimpi.
ALLAH maha ESA, umat ISLAM tahu bahawa hanya ALLAH yg tahu dan mengatur segalaNYA. Apakah yg rakyat MALAYSIA impikan hanyalah Keamanan,kemakmuran,kesejahteraan dan semua yang indah dan bahagia. Dalam kemelut perjuangan Parti Politik di Malaysia, rakyat jelata sudah banyak tahu dan faham. Namun masih ada yg buat-buat tak paham, ada yg tidak ambil tahu langsung. Apapun memikiran rakyat di KAMPUNG masih tetap sama. Mereka masih tahu pemerintah yg sama sahaja. Kalau ada penyebaran maklumat dalama internet cuma yang muda-muda sahaja yg ambil pusing. Lain pula di bandar, amat canggih amat laju amat berkesan. Di mana-mana pun boleh tahu apa berlaku di sekitar dunia. Semua di hujung JARI.
Apa yg diceritakan dalam percakapan,akhbar,berita,internet dan lain-lain cara penyebaran maklumat. Adalah amat berkesan utk semua.
Apa yg didengar, dilihat, dibaca, dialami, dirasai, diamati adalah berbeza.
Namun luahan hati nurani adalah berbeza juga.
NABI MUHAMMAD SAW mengajak umatnya berbuat baik sesama islam dan bangsa2 lain utk menjamin keamanan. Kemulian hati adalah amat penting, Akhlak mulia adalah contoh.
Semoga pemikiran yg positif utk kita semua. ALLAH bersama mereka yg ingat padaNYA
Harap bicara ini tidak menguris sesiapa.
Bicara ini hanya utk tatapan sahaja.
Segala kemuliaan, Kebaikan, Keindahan Dari ALLAH.
Mohon ampun segala kesilapan....
amin
Khamis, 17 Januari 2013
Langgan:
Ulasan (Atom)